Friday, October 12, 2012

i-Great Damai (Kad Perubatan) Takaful Great Eastern

 Salam Kejayaan buat semua,

Dalam posting kali ini, Amy nak kongsikan tentang salah satu pelan Kad Perubatan Takaful Great Eastern. Nama pelan ini ialah i-Great Damai. Satu pelan yang amat bermanfaat kepada seisi keluarga. 


Pelan dengan kad perubatan bermula RM150 sebulan

Pelan takaful yang diperakukan halal oleh Majlis Shariah Malaysia ini memberikan (dengan simpanan RM 150-RM 200 sebulan) :

1. Perlindungan , dalam bentuk Pampasan Kematian (RM37,000 - RM 50,000)
  • Kemalangan (100%)
  • Manfaat Kematian Kemalangan (dari kad perubatan sahaja - RM 10,000)
  • Accidental Death Benefit (RM15,000)
  • Elaun Tunai Temporary Total Disability (RM 112.50 per week)
  • Elaun Tunai Temporary partial disability (RM 26.25 per week)
  • Pampasan Perubatan akibat kemalangan (RM 375 per accident)
  • Cacat Kekal
  • Elaun Sakit Kritikal 
  • sumbangan percuma untuk waris terdekat (ibu bapa/suami/isteri/anak)
  • coverage sehingga 99 tahun
PS : Tidak perlu menyimpan lagi jika di diagnos Cacat Kekal atau Sakit Kritikal. Caruman diambilhalih Takaful Great Eastern sehingga umur 80 tahun. Dana terus bertambah.

2. Manfaat bil hospital, dalam bentuk :
  • Kad perubatan (hanya bayar ko-takaful iaitu 10% dari jumlah bil)
  • boleh digunakan di 65 hospital swasta & panel GE
  • Elaun Harian hospital (RM 150-RM600 sehari di wad selama 180 hari setahun)
  • Elaun Pembedahan dan Dewan Bedah
  • Bayaran Unit Intensif (ICU)
  • Bayaran Pembiusan
  • Elaun Harian Hospital Kerajaan (RM 50 sehari untuk 120 hari setahun)
  • Had tuntutan tahunan TERTINGGI dari mana2 syarikat takaful = RM 90,000 setahun, malah bertambah sebanyak RM 6,000 setiap 3 tahun)
  • Had tuntutan perubatan seumur hidup = RM 720,000 (untuk simpanan RM150 sebulan), malah simpanan pelan Suami + Isteri + Anak = RM 1.92 Juta (simpanan RM 400 sebln)
  • Diagnosis 36 sakit kritikal = pampasan RM 37,000 - RM 50,000
  • Ko-takaful yang rendah dari mana-mana syarikat takaful = minima 10% dari jumlah bil, dengan maksimum bayaran ialah RM500 sahaja
  • Bayaran 20 jenis Sakit Kritikal Terawal dari mana-mana syarikat takaful (dengan simpanan minima RM 200 sebulan) = seawal diagnosis pertama
Contoh Rawatan yang dicover :
  • rawatan sebelum masuk hospital, ujian sebelum masuk wad (30 hari)
  • Pre hospitalization specialist consultation (60 hari)
  • rawatan selepas masuk hospital (90 hari)
  • pembedahan balik hari
  • rawatan kanser, asma dan lain-lain
  • dialisis buah pinggang
  • in hospital physician visits
  • perlindungan luar negara sehingga 90 hari berturut-turut
  • bayaran ambulans
3. Simpanan Pendidikan/Persaraan 
  • pelan yang turut menyimpan apabila anda sihat (satu bentuk KWSP)
  • Cash value yang boleh dikeluarkan lebih awal = boleh dikeluarkan habis pada usia 55 tahun
  • pulangan yang kompetitif (4-8% setahun)
  • pengeluaran selepas tahun ke-7, boleh buat pengeluaran dengan tinggalkan baki sekurang-kurangnya RM1,000
4. Faedah2 lain :
  • pengecualian cukai sebanyak RM3,000- RM6000
  • Khairat kematian (funeral expenses) = RM 2,000
  • Bantuan towing kereta
Banyak lagi pilihan pelan perubatan tersedia...



Untuk pertanyaan, boleh hubungi Amy : 0126846248 atau emel di amy_wan8175@yahoo.com

Posting akan datang Amy akan senaraikan 36 penyakit kritikal yang di cover ya.

YEARNING not just dreaming!

Salam Kejayaan buat semua =)



Cerita hari ini tentang salah satu dari tiga ciri-ciri manusia yang ditakdirkan untuk mencapai financial freedom. Adakah anda salah seorang daripadanya? Jom kita baca =)




Petua No. 5 : YEARNING

1. Bermaksud to have a strong desire. Sungguh-sungguh mahukan sesuatu. Elemen penting untuk mereka yang ingin mencapai puncak kekayaan (wang, ilmu, jiwa dan lain-lain). Tiada istilah putus asa, penat, malas ataupun tidak boleh wujud dalam kamus hidup golongan ini. Bagi yang bekerja, dalam fikiran sentiasa penuh dengan perancangan naik pangkat, mendapat kenaikan gaji , bonus serta faedah berganda-ganda dari majikan.


Yang usahawan pula, siang dan malam minda mereka merangka strategi agar perniagaan bertambah maju, untung berlipat kali ganda dan empayar bisnes semakin luas. Pendek kata, golongan dengan ciri ini bertekad untuk menikmati  kualiti hidup yang diidam-idamkan sepantas mungkin. 

So, does the first characteristic sounds like you? 

2. Jangan terkejut kalau saya katakan lebih ramai yang sebenarnya dreaming tetapi belum sampai ke tahap YEARNING.  Dreaming kerana belum berjaya membulatkan harapan itu umpama seketul bebola api (fireball) yang membara dalam jiwa. You must realign and focus all your yearnings into a massive ball of fiery energy. The yearning feeling to be someone successful, rich, knowledgeable, respected and far reaching in every ventures that you commit yourself to. Being in constant desire suits you. Macam dalam gambar di bawah ni. Siap tangan jadi panjang sebab nak sangat-sangat mencapai si rama-rama.
Golongan ini tidak cepat berpuas hati malah keinginan ingin naik ke tahap yang lebih tinggi menjadi motivasi penggerak. Tidak selalu duduk diam, sering sahaja otaknya merangka-rangka strategi seterusnya. 

Habis tu, apa nak buat kalau takde ciri ni? 

3. Jangan putus asa. Untuk bergerak dari tahap dreaming ke yearning memerlukan anjakan paradigma. Seseorang yang selalu dreaming jarang memikirkan apakah yang akan terjadi jika impiannya itu tidak kesampaian. Ataupun, bila fikir selalunya dah agak terlewat. Sedangkan bagi golongan yearning, tidak mencapai hajat di hati bagaikan satu hukuman mati. Amat menakutkan dan perlu dielakkan.

Contohnya : En. A yang selalu dreaming untuk membeli kediaman banglo mewah. Impian En. A bermula sejak beliau melihat rakan sekerjanya yang berjaya membeli sebuah banglo. En. A mula membayangkan keluasan rumah itu dan hiasan mahal yang ada di dalamnya,  tetapi amat jarang memikirkan  apakah mungkin beliau tidak punya wang yang cukup untuk downpayment, xlepas kelayakan gaji , harga rumah yang di luar jangka dan lain-lain. Dengan itu, En. A terbuai dengan tabiat dreamingnya sehinggalah pada suatu hari apabila menyedari harga hartanah sudah semakin tinggi, En. A terpaksa melupakan impian membeli rumah banglo mewah itu dan terpaksa berpuas hati dengan rumah yang lebih kecil. Now this happens to a majority of us right?

En. A gigit jari...
Bagaimana pula golongan yang memiliki sifat yearning bertindak dalam situasi ini? En. B yang mempunyai desire yang tinggi sejak zaman pengajian universiti untuk memiliki kediaman mewah, sedar beliau tidak mempunyai pilihan selain menceburkan diri dalam perniagaan untuk mengumpulkan wang. Beliau yang mempunyai kemahiran dalam public speaking memulakan khidmat motivasi di sekolah-sekolah serta agensi kerajaan. Malah En. B bijak mengambil peluang menulis dalam majalah dan buku nukilan beliau sendiri. Dalam masa 5 tahun selepas tamat pengajian ijazah, syarikat En. B semakin kukuh hingga En. B dapat memasarkan produk minuman keluaran syarikat, majalah motivasi bulanan, program keusahawanan berjenama En. B, dan lain-lain cabang perniagaan. Tentunya sebelum usia syarikat En. B mencecah 5 tahun pun, rumah banglo kediaman mewah itu sudahpun berjaya dimiliki. En. B mempunyai kelebihan masa, tenaga dan tahu survival sifat yearningnya bergantung kepada kebolehan merealisasikan pemilikan rumah kediaman mewahnya itu. 

En B (bukan nama sebenar) yearns for  more and more success coming his way
Adakah perniagaan sahaja jalan untuk merealisasikan sifat yearning ini? Tentunya tidak, cuma perniagaan adalah 9 dari sepuluh cabang rezeki yang ada. Contohnya Ms. D yang juga memiliki sifat yearning untuk melancong keluar negara dengan kerap. Memandangkan Ms. D sejak dari kecil mempunyai impian globetrotting, beliau tidak dapat menerima kemungkinan perlu bekerja di tanahair sahaja. Ms. D juga tidak mempertimbangkan untuk menceburi bidang perniagaan. Oleh itu, untuk survival ciri yearningnya, Ms. D mengambil keputusan untuk menceburi kerjaya yang dapat membawanya ke luar negara dengan kerap. Bukan suatu perkara yang mengejutkan Ms. D pada hari ini bergelar seorang pensyarah (degree, master, PhD, post doc semuanya dari luar negara atupun seorang engineer dengan syarikat GLC (sering ditugaskan ke luar negara) mahupun penjawat awam berpangkat PTD (sering keluar negara). Malah jika Ms. D tidak begitu menyerlah dalam bidang akademik pun, Ms. D berkemungkinan tinggi untuk masih berhijrah ke luar negara dengan melakukan apa-apa kerja pun seperti memetik anggur, menggembala kambing, memandu lori aiskrim dan sebagainya.

4. Ketiga-tiga orang yang saya ceritakan di atas bukanlah rekaan. Actual persons that live among us for us to learn something from. Kesemuanya ada perkara yang mereka korbankan, namun hanya seorang di antara mereka yang mengorbankan impiannya. Akhir kata, stop dreaming and start yearning! InsyaAllah, pengorbanan kita akan datang manisnya =)


Thursday, October 4, 2012

Mencipta kejayaan berperingkat-peringkat

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan untuk semua =)
"Everyone who got where he is has had to begin where he was", bermaksud :
"Semua orang yang mencapai tahap sekarang (lebih tinggi) perlu bermula dengan peringkat (bawah) dahulu"
Robert Louis Stevenson

Pepatah di atas mengingatkan saya bahawa untuk meraih kejayaan termasuk kebebasan kewangan bukanlah dapat dilakukan secara serta-merta. Unless you're a trust fund baby ;-)

Ramai yang melakukannya step by step. Langkah demi langkah. Ada yang bermula dengan merangkak, bertatih, berlari, memecut malah berjaya menaiki bullet train kepada financial freedom.

Ramai juga yang mengikut trend dalam menyimpan serta melabur, sometimes with mixed results. Trend yang bagus selalunya sustainable atau berterusan dalam tempoh yang lama. Contoh dalam bidang insurans, Syarikat Great Eastern (GE) yang sudah pun menjangkau 104 tahun. Malah, GE sudah mendapat lesen takaful seperti dinyatakan pada website Bank Negara Malaysia ini.

Maksudnya, jika anda beragama Islam dan ingin memiliki polisi shariah-compliant, silalah pilih dari list link di atas ya. Untuk pengetahuan pembaca juga, Takaful Great Eastern merupakan pemenang Best New Takaful Operator untuk tahun 2011.

So, if you want to be part of a winning dynamic team, join us today!
Satu perkara lagi, sebagai permulaan dalam usaha kita mencapai kebebasan kewangan, seseorang itu perlulah mengurangkan risiko dan kos-kos yang tidak terjangka.

Two of the biggest purchases by a middle income person would be a car and a house. No surprises that the two would require some form of takaful/insurance. Bagaimana pula dengan kos-kos lain yang semakin dirasai pada masa kini?

Kemudahan untuk perubatan antaranya :
  • cashless medical card
  •  early critical payout plan
  • perlindungan perubatan
  • pampasan kemalangan
  • saraan bulanan/mingguan untuk kecacatan kekal
  • kos perubatan anak yang baru lahir hingga mencecah usia dewasa
  • pelan pendidikan tinggi (tertiary education)
  • simpanan berjangka sederhana dan panjang
  • pelan haji/umrah/korban
  • simpanan persaraan dan bermacam-macam lagi produk adalah antara pilihan yang semakin dirasakan mustahak untuk golongan berpendapatan.
Malah semakin ramai klien saya melabur melalui takaful dalam polisi investment-linked. Intipatinya, semakin ramai warga Malaysia yang mampu mencapai pendapatan tinggi dan bertindak bijak MELINDUNGI pendapatan mereka =)

Now we come to the step by step part. Contrary to the popular notion, perlindungan takaful tidak terhenti kepada perubatan sahaja. Bukan  hanya patut dimiliki apabila sudah mempunyai status kewangan tetap (selepas beberapa tahun bekerja) ataupun hanya sesuai untuk orang dewasa atau anak-anak kecil. Sebenarnya terdapat beberapa peringkat umur yang PERLU memiliki perlindungan takaful.
  1. Starting young. Iaitu masa berada di kolej atau universiti. Semakin ramai mahasiswa yang menyedari kepentingan perlindungan takaful, terutamanya perlindungan kemalangan kerana seperti yang kita tahu, risiko perjalanan semasa ke fakulti, kawasan praktikal malah di asrama adalah di bawah tanggungan sendiri. Terdapat juga mahasiswa yang menghidap penyakit kritikal dalam usia yang muda. Banyangkan dengan seminima RM50 sebulan, perlindungan takaful dapat mengambilalih bebanan keluarga untuk kos perubatan, pembedahan, wad, caj hospital dan lain-lain. Malah sebahagian daripada elaun pembelajaran boleh diperuntukkan untuk coverage jangka pendek ini.

  2. Starting A Job. Bermula hari pertama bekerja, anda seharusnya memulakan tindakan untuk menguruskan kewangan. Ini termasuklah, mementingkan pemilikan polisi takaful. Ramai klien saya yang bertugas dalam bidang perubatan pun, memiliki lebih daripada satu polisi takaful, terutamanya pelan kad perubatan, simpanan, pelaburan dan haji. Adalah lebih baik memiliki sekurang-kurangnya pelan perubatan sebelum bertindak membelanjakan pendapatan atas pembelian kereta, rumah ataupun lebih serius, mengambil pinjaman peribadi. Ketahuilah, pemilikan polisi takaful seumpama membayar kepada diri sendiri ketika anda serta insan tersayang AMAT-AMAT memerlukan wang tersebut.

  3. Starting A Family. Peringkat ini bukan hanya bermula ketika anda menimang cahayamata. Di saat anda melangkah ke gerbang perkahwinan, sebuah keluarga sudah terbentuk. Anda bergantung (to an extent) to your spouse, and she/he to you. Tentunya anda mengharapkan pasangan anda juga dilindungi dengan takaful untuk apa-apa risiko tidak terduga setelah berkahwin dengan anda. Sebenarnya, lebih awal anda dan pasangan memiliki polisi takaful, maka lebih baiklah perancangan kewangan anda. Harus pembaca tahu bahawa apabila seseorang disahkan doktor menghidap penyakit, amat sukar untuknya layak memohon polisi takaful/insurans lagi.
Memetik artikel di InsuranceInfo : Medical care hinges on getting treatment to the patient early and quickly. With the high price of modern healthcare, the treatments that can save the life of someone important to you shouldn't depend on how much you have. Don't let a life hang in the balance because of your finances. Let  medical and health takaful take care of the hospitalisation and medical expenses.

    4.  Preparing For Retirement. Peringkat terakhir ini sebenarnya adalah peringkat terpenting. Kerana ianya amat berkaitan dengan YOUR WELLBEING. Seperti mana seorang pekerja amat menanti-nantikan ganjaran KWSP atau PENCENnya, seorang itu harus juga menanti-nantikan ganjaran/payout TAKAFULnya. Peringkat 55 tahun ke atas boleh bermaksud keperluan perubatan yang meningkat, harapan ibu bapa untuk menghantar si anak ke menara gading serta menunaikan tuntutan ibadah yang ke-lima. Soalnya, adakah anda mempunyai perancangan takaful jangka panjang ke arah itu? Bak kata pepatah Melayu, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Bermula RM50 sebln dalam tempoh 10-20 tahun, anda sudahpun mempunyai lebih dari cukup wang melakukan ibadah haji, InsyaAllah.

Wah, panjang juga entri saya kali ini. Harap pembaca mendapat sedikit sebanyak manfat dari perkongsian saya. Sebelum titik, saya tinggalkan petua seterusnya :

Petua No 4 : Have a correct financial freedom mindset. Change if you have a negative blueprint on money. Ketahuilah, wang tidak menjadikan seseorang insan yang jahat atau negatif. Sebaliknya, nafsu dan lemahnya iman kita.




 Wang bermaksud impian yang direalisasi, pencetus semangat, ganjaran serta rezeki yang dihajati atas hasil usaha gigih anda selama ini. YOU deserve every ringgit and cent that you get and will be getting from now on. InsyaAllah =)

Tuesday, October 2, 2012

Beringat-ingat untuk masa akan datang...

Salam Kejayaan buat semua,

Saya terbaca satu pepatah berbunyi begini 

"Orang kaya mengumpul wang, orang miskin mengumpul tahun".
Bila saya fikirkan, pepatah ni memang kena dengan diri saya. Dalam kebanyakan hal, sebelum saya bertekad untuk keluar dari belenggu kewangan (financial restraints), kebanyakan keputusan kewangan saya berlegar-legar kepada berapa soalan asas. Antaranya... berapa minimum bayaran dalam sebulan, berapa tahun baki tempoh pinjaman malah menghitung berapa hari lagi untuk kemasukan gaji. Perkara ini adalah lumrah dalam fikiran seorang pekerja makan gaji tipikal. 

Sampailah saya membaca beberapa buku kewangan dan mengikuti seminar. Antara seminar yang saya pernah ikuti ialah T.Harv Eker, Prof Dr Muhaya, Dr Fadzillah Kamsah dan beberapa kursus NLP. Kebanyakan dari mereka menyatakan betapa penting untuk kita merebut peluang pada hari ini sebelum datangnya waktu dan ketika kita tidak lagi mampu melakukan perubahan. Perkara yang baik usah lengah-lengahkan. Malah ramai ahli perniagaan berjaya  bermula dengan melawan rasa ragu-ragu dan pantas merebut peluang yang ada. 


Tips di atas berguna bukan? Hati-hati juga dengan peluang-peluang yang terlalu fantastik dan bombastik sebab kadang2 janji bulan dan bintang boleh bertukar menjadi mimpi ngeri...kiranya habuk pun takde. Baru hari ini keluar paper, syarikat jongkong emas Genneva diserbu pihak berkuasa atas aduan penyelewengan. Almaklumlah, ramai juga yang melabur dalam emas dan perak. Berhati-hati. Pastikan setiap pelaburan kita diendorsed paling kurang oleh Bank Negara Malaysia..macam Takaful Great Eastern ni..hehe =)

Ok, kembali kepada topik iaitu merebut peluang pada hari ini. Kenapa dari hari pertama bekerja, seseorang itu sudahpun perlu merancang untuk hari pertama persaraannya? Lagi cepat dapat bersara, lebih baik. Lagi cepat capai status bebas kewangan, lebih baik. 

Memetik buku Shamsuddin Abdul Karim "Makan Gaji Tapi Kaya", sekiranya seseorang gagal merancang masa depan, tidak ubah seperti hidup kais bulan makan bulan. Jika tidak diatasi dari awal, keadaan kewangan anda akan menjadi parah. Bukankah, ramai dari kita yang selesa menjadi pekerja makan gaji semata-mata untuk kestabilan kewangan? Jika itu pun tidak dapat kita kecapi, habis apa yang tinggal ya?

Mengharapkan wang gaji anda untuk menampung perbelanjaan anda, pasangan dan anak2 sehingga ke akhir hayat adalah mengundang keperitan kewangan (financial constraint). Malah, wang simpanan anda boleh lebur sebaik sahaja anda atau insan tersayang mengalami masalah kesihatan, kemalangan yang boleh menelan belanja beribu-riban. Oleh yang demikian, selain menyimpan untuk persaraan, perkara pokok yang perlu dilakukan ialah mendapatkan perlindungan insurans.

Untuk umat Islam, memandangkan di negara Malaysia yang tercinta ini sudahpun mempunyai pilihan takaful berkonsepkan tabarru' (sumbangan) ke dalam dana mengikut syarak, maka saya menyeru agar kita sama-sama menyertainya berbanding insurans konvensional.

Takaful i-Great Damai merupakan satu pelan pelaburan mampu milik dan berfungsi sebagai perlindungan masalah kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal. Bermula pemegang polisi seawal usia 30 hari, pelan dengan kad perubatan bermula dari RM150.





Bagi yang belum memiliki pelan takaful, pertimbangkan langkah permulaan penting ini dalam usaha anda menjejak kebebasan kewangan. Kesedaran orang ramai tentang kepentingan takaful semakin meningkat. Malah dalam bajet baru-baru ini, para nelayan dan pesawah turut diberi skim insurans!! Takaful perubatan adalah satu skim yang memberi wang poket setiap bulan sehingga anda sembuh jika terlibat dengan kemalangan atau sakit kekal. Saraan hidup dan bekalan ubat-ubatan dapat ditampung termasuklah kos pembedahan dan caj hospital kerajaan dan swasta.

InsyaAllah dalam post akan datang akan saya kongsikan maklumat lanjut pelan asas takaful i-Great Damai ini. Cuma bagi yang masih teragak-agak memiliki pelan perubatan...beringat-ingat untuk masa susah tatkala kita masih di masa senang.


Petua kebebasan kewangan No 3  : Get Protected. You may have a 5 digit salary, fancy cars and a Swiss bank account but without a decent insurance policy, that's foolhardy. Kalau diberi pilihan, nak bawa kereta berinsurans atau yang telah tamat tempoh? Untuk ketenangan fikiran, anda tentu tahu jawapannya...kerana malang sememangnya tidak berbau...






Mulakan menyimpan hari ini juga!

Salam Kejayaan untuk semua,

Bila imbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, mama dan ayah sering ingatkan saya agar jangan boros berbelanja dan sentiasa menabung. Setiap seorang ahli keluarga saya mempunyai tabung pelbagai bentuk. Bahkan untuk membeli barang mainan, kasut baru dan pakaian cantik, saya dan adik-beradik perlu berusaha menyimpan berbulan lamanya sebelum berjaya kumpul duit yang cukup. Antara memori manis zaman kanak2 dulu dapat mengumpul RM25 untuk membeli kasut Bubble Gummers. Ala, kasut yg macam kat bawah nilah. cuma saya beli tu warna biru.


Perasaan semasa menabung tu toksah cakaplah...mmg kena byk2 bersabar. tengok org lain kat sekolah dapat makan burger, aiskrim dan cikedis waktu rehat tapi saya? Syukur Mama bekalkan anak2nya roti telur dan wang saku lima posen je (zaman tu dah cukup besar). Dengan menyimpan wang sakulah, selepas beberapa bulan, saya berjaya menyerahkan duit yang cukup kepada Ayah untuk belikan kasut idaman. Sebenarnya, sebagai insan yang belum faham perasaan bekerja untuk sesuap nasi, latihan menyimpan sebegini mengajar saya untuk korbankan kesenangan masa kini (wang saku) untuk mencapai perkara yang saya impikan. Malah adik2 saya lebih advance. Diorang siap menjual gula2 dlm balang besar dan keuntungan sebulan boleh mencecah berbelas ringgit.

Eh, panjang pulak saya bercerita pasal kenangan zaman kanak2. Bukannya apa, zaman sekarang saya perhatikan ramai ibu bapa melimpahkan kasih sayang kepada anak2 mereka dengan membeli barangan. Baju, kasut, aksesori kanak-kanak mmg terjual mcm goreng pisang panas terutamanya secara online. Cuma nasihat saya berpada-padalah dalam berbelanja, terutamanya untuk golongan yg berpendapatan sederhana. Apapun, barang-barang sebegini "value"nya tidak lama dan kadang2 pembeliannya didorong nafsu berbelanja.

Bukankah lebih molek jika anak2 juga digalakkan menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan mereka? Bermula dengan ibu-bapa sebagai contoh, mengkhususkan paling kurang 10% dari pendapatan kita untuk tujuan ini, terutamanya berkenaan pendidikan mereka. Kalau di negara barat, ibu-bapa mereka bersiap sedia utk tujuan ini dengan menyimpan dalam "college fund". Anak-anak juga digalakkan bekerja semasa cuti musim panas atau "baby sit" untuk menambah dalam "college fund". Baguskan? Kiranya, dari kecil lagi, ibu bapa telah mempunyai rancangan, paling kurang pun, anak2 mereka perlu meneruskan pendidikan hingga ke menara gading.
Bahkan, apabila saya berbual tentang perkara ini dengan seorang senior saya yang berbangsa Cina, dia mengatakan yang telah menyimpan cukup untuk membeli sebuah rumah teres dua tingkat untuk anaknya apabila tamat degree nanti. Boleh anda bayangkan betapa komited nya mereka dalam hal simpanan pendidikan? Mungkin ada yang mengatakan, "takpelah, diorg bergaji besar, dapatlah simpan banyak". Sebenarnya, kuasa menyimpan terletak kepada berapa nilai matlamat yang anda sasarkan. 
Contohnya, jika anda menyasarkan untuk menyimpan sehingga RM20,000 dalam masa 20 tahun; anda hanya perlu menyimpan sebyk RM3 sehari (siap boleh dikongsi suami isteri). 

Tetapi jika anda berwawasan tinggi  agar anak anda tidak perlu bergantung kepada PTPTN dan sebagainya, dalam masa 18 tahun (umur anak memasuki Universiti), jumlah simpanan untuk 6 semester Ijazah Sarjana Muda Perniagaan "overseas" boleh mencecah RM50K. Dipecahkan, anda sebenarnya boleh merealisasikan jumlah simpanan RM50K ini dengan simpanan RM 8/sehari. Ini belum ditambah dividen tahunan jika anda menyimpan dalam pelan2 pendidkan dengan peratusan dividen/keuntungan tahunan yang tinggi. 

Percayalah, menyimpan untuk pendidikan tinggi adalah satu hadiah paling berharga yang dapat kita berikan kepada anak-anak.

Tepuk dada tanya selera. Bak kata pepatah, "if you pay peanuts, you'll get monkeys." 

Petua No 2 : Pilih menyimpan dari berbelanja. Kalau berbelanja biarlah berpada-pada. Simpan 10% dari pendapatan, baru keluarkan duit belanja. Simpan untuk diri dan semestinya untuk insan tercinta. Jadikan tabiat menyimpan satu tabiat sekeluarga =)


Saya mengalu-alukan sebrang pendapat tentang post ini...semoga kita dapat sesuatu yang positif darinya..InsyaAllah.


Monday, October 1, 2012

Selamat Datang ke blog Takaful Matters

 Salam Kejayaan buat semua,

Sebenarnya Amy (that's me..hehe) dah lama bercita-cita nak tulih belog ni...cumanya sebelum ni aktif kat FB je. Dah lama fikir apa topik yang nak dikongsikan kat Blogspot ni. Last2 memang nekad nak share pengalaman dan maklumat yang Amy ada tentang Financial Management khususnya dengan cara menyimpan  melalui Takaful (Insurans).





Dari mula Amy tamat pengajian degree dulu (dh lebih 7 tahun giteww), Amy memang minat bab2 menyimpan, melabur dan biznes ni. Macam2 juga kursus, buku-buku dan peluang2 menambahkan pendapatan yang Amy ceburi, insyaAllah Amy kongsi kat sini. Mana tahu para pembaca boleh share lebih banyak idea dan teknik2 best untuk kita gunakan bagi mencapat matlamat murni kita iaitu : KEBEBASAN KEWANGAN. Cara halal je tau..yang kona2, tipu2 orang takmau tau..tak berkat hidup nanti..




Ok, sebelum Amy akhiri post pertama untuk belog Petua Kebebasan Kewangan ni, Amy nak kongsikan petua pertama.

Petua Kebebasan Kewangan No 1 :

Betulkan Niat untuk mengecap kekayaan agar bebas dari belenggu hutang dan dilimpahkan rezeki berterusan. Amalkan juga Solat Sunat Dhuha dan Surah Al Waqiah secara berterusan.

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barangsiapa yang membaca Surah Al Waqi'ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan Suran Al-Waqi'ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua."


Selamat beramal ye, insyaAllah mudah-mudahan kita semua dimakbulkan impian kita nak bebas belenggu hutang, murah rezeki, dikurniakan kekayaan material, jiwa, ilmu dan macam2 lagi lah...Amin..