Wednesday, February 20, 2013

Why I love this job...

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan buat semua,

Ramai kawan-kawan yang mengenali saya ada bertanya sebegini "Kenapa nak buat insurans?" "Boleh untung ke?" "Tak ke susah nak cari orang?"

Kepada mereka saya bawakan satu kisah benar yang berlaku tahun lepas...

Puan X telah berkira2 untk mengambil polisi takaful sudah agak lama. Walaubagaimanapun, Puan X menangguhkan hasratnya sehinggalah umurnya mencecah 48 tahun. Ketika itu, beliau nekad untuk sign up bagi pelan Takaful iGreat Damai walaupun premiumnya sudah mencecah RM200.
Di bawah ni adalah muka depan pelan kad perubatan Puan X.




Pelan Puan X in force pada 26/07/2012. Dengan jumlah coverage diambil sebanyak RM100ribu. Tapi perancangan Allah jua yang menentukan, tidak sampai pun 5bulan selepas itu, Puan X telah kembali keRahmatullah...innalilahi wainna iliaihirajiun...


Namun cerita ini belum habis lagi. Suami Arwah Puan X yang kehilangan isteri tercinta, teringat bahawa Puan X telah mengambil polisi Takaful i-Great Damai ini semasa hayatnya. Walaupun arwah Puan X hanya sempat sekali sahaja menyimpan dalam polisi ini, sebenarnya arwah telah meninggalkan kepada suami dan anak-anak tersayang sejumlah wang yang tidak diduga...



Malah pelan i-Great Damai juga menampung khairat kematian arwah Puan X sebanyak RM2000. Suami arwah Puan X yang merupakan nominee dan executor kepada pewarisan arwah Puan X merasa bersyukur ke hadrat Ilahi, arwah Puan X diberi ilham untuk mengambil polisi Takaful Great Eastern ini sebelum pemergiannya..



Tentunya dengan sekeping cek peninggalan ibu kepada anak-anak arwah Puan X akan meringankan bebanan yang ditanggung keluarga mereka. Sehingga ke hari ini, suami Puan X berterima kasih kepada agen Takaful Great Eastern yang memperkenalkan polisi ini serta menguruskan urusan claim dengan pantas.




Sekiranya arwah masih hidup, beliau sepatutnya mencarum kali kedua pada 28/12/2012 kerana memilih pembayaran half yearly. Tapi kali ini, pihak Takaful Great Eastern pula membayar serta memulangkan simpanan arwah pada awal kemasukan.

Lesson for the day : Usah berlengah. Bertindak sekarang mendapatkan pelan takaful hari ini juga. Biar kita keluar sedikit duit dahulu asalkan senang untuk diri kita, suami dan anak-anak di kemudian hari.

This is one of the reasons why I love doing this industry. I love meeting people, explaining why takaful protection is crucial and worth it! And to bring aid when people need it the most.

Boleh hubungi saya, Amy di 0126846248 untuk konsultasi segera. :)

No comments:

Post a Comment