Salam Kejayaan buat semua =)
Cerita hari ini tentang salah satu dari tiga ciri-ciri manusia yang ditakdirkan untuk mencapai financial freedom. Adakah anda salah seorang daripadanya? Jom kita baca =)
Petua No. 5 : YEARNING
1. Bermaksud to have a strong desire. Sungguh-sungguh mahukan sesuatu. Elemen penting untuk mereka yang ingin mencapai puncak kekayaan (wang, ilmu, jiwa dan lain-lain). Tiada istilah putus asa, penat, malas ataupun tidak boleh wujud dalam kamus hidup golongan ini. Bagi yang bekerja, dalam fikiran sentiasa penuh dengan perancangan naik pangkat, mendapat kenaikan gaji , bonus serta faedah berganda-ganda dari majikan.
Yang usahawan pula, siang dan malam minda mereka merangka strategi agar perniagaan bertambah maju, untung berlipat kali ganda dan empayar bisnes semakin luas. Pendek kata, golongan dengan ciri ini bertekad untuk menikmati kualiti hidup yang diidam-idamkan sepantas mungkin.
So, does the first characteristic sounds like you?
2. Jangan terkejut kalau saya katakan lebih ramai yang sebenarnya dreaming tetapi belum sampai ke tahap YEARNING. Dreaming kerana belum berjaya membulatkan harapan itu umpama seketul bebola api (fireball) yang membara dalam jiwa. You must realign and focus all your yearnings into a massive ball of fiery energy. The yearning feeling to be someone successful, rich, knowledgeable, respected and far reaching in every ventures that you commit yourself to. Being in constant desire suits you. Macam dalam gambar di bawah ni. Siap tangan jadi panjang sebab nak sangat-sangat mencapai si rama-rama.
Golongan ini tidak cepat berpuas hati malah keinginan ingin naik ke tahap yang lebih tinggi menjadi motivasi penggerak. Tidak selalu duduk diam, sering sahaja otaknya merangka-rangka strategi seterusnya.
Habis tu, apa nak buat kalau takde ciri ni?
3. Jangan putus asa. Untuk bergerak dari tahap dreaming ke yearning memerlukan anjakan paradigma. Seseorang yang selalu dreaming jarang memikirkan apakah yang akan terjadi jika impiannya itu tidak kesampaian. Ataupun, bila fikir selalunya dah agak terlewat. Sedangkan bagi golongan yearning, tidak mencapai hajat di hati bagaikan satu hukuman mati. Amat menakutkan dan perlu dielakkan.
Contohnya : En. A yang selalu dreaming untuk membeli kediaman banglo mewah. Impian En. A bermula sejak beliau melihat rakan sekerjanya yang berjaya membeli sebuah banglo. En. A mula membayangkan keluasan rumah itu dan hiasan mahal yang ada di dalamnya, tetapi amat jarang memikirkan apakah mungkin beliau tidak punya wang yang cukup untuk downpayment, xlepas kelayakan gaji , harga rumah yang di luar jangka dan lain-lain. Dengan itu, En. A terbuai dengan tabiat dreamingnya sehinggalah pada suatu hari apabila menyedari harga hartanah sudah semakin tinggi, En. A terpaksa melupakan impian membeli rumah banglo mewah itu dan terpaksa berpuas hati dengan rumah yang lebih kecil. Now this happens to a majority of us right?
Bagaimana pula golongan yang memiliki sifat yearning bertindak dalam situasi ini? En. B yang mempunyai desire yang tinggi sejak zaman pengajian universiti untuk memiliki kediaman mewah, sedar beliau tidak mempunyai pilihan selain menceburkan diri dalam perniagaan untuk mengumpulkan wang. Beliau yang mempunyai kemahiran dalam public speaking memulakan khidmat motivasi di sekolah-sekolah serta agensi kerajaan. Malah En. B bijak mengambil peluang menulis dalam majalah dan buku nukilan beliau sendiri. Dalam masa 5 tahun selepas tamat pengajian ijazah, syarikat En. B semakin kukuh hingga En. B dapat memasarkan produk minuman keluaran syarikat, majalah motivasi bulanan, program keusahawanan berjenama En. B, dan lain-lain cabang perniagaan. Tentunya sebelum usia syarikat En. B mencecah 5 tahun pun, rumah banglo kediaman mewah itu sudahpun berjaya dimiliki. En. B mempunyai kelebihan masa, tenaga dan tahu survival sifat yearningnya bergantung kepada kebolehan merealisasikan pemilikan rumah kediaman mewahnya itu.
En B (bukan nama sebenar) yearns for more and more success coming his way |
Adakah perniagaan sahaja jalan untuk merealisasikan sifat yearning ini? Tentunya tidak, cuma perniagaan adalah 9 dari sepuluh cabang rezeki yang ada. Contohnya Ms. D yang juga memiliki sifat yearning untuk melancong keluar negara dengan kerap. Memandangkan Ms. D sejak dari kecil mempunyai impian globetrotting, beliau tidak dapat menerima kemungkinan perlu bekerja di tanahair sahaja. Ms. D juga tidak mempertimbangkan untuk menceburi bidang perniagaan. Oleh itu, untuk survival ciri yearningnya, Ms. D mengambil keputusan untuk menceburi kerjaya yang dapat membawanya ke luar negara dengan kerap. Bukan suatu perkara yang mengejutkan Ms. D pada hari ini bergelar seorang pensyarah (degree, master, PhD, post doc semuanya dari luar negara atupun seorang engineer dengan syarikat GLC (sering ditugaskan ke luar negara) mahupun penjawat awam berpangkat PTD (sering keluar negara). Malah jika Ms. D tidak begitu menyerlah dalam bidang akademik pun, Ms. D berkemungkinan tinggi untuk masih berhijrah ke luar negara dengan melakukan apa-apa kerja pun seperti memetik anggur, menggembala kambing, memandu lori aiskrim dan sebagainya.
4. Ketiga-tiga orang yang saya ceritakan di atas bukanlah rekaan. Actual persons that live among us for us to learn something from. Kesemuanya ada perkara yang mereka korbankan, namun hanya seorang di antara mereka yang mengorbankan impiannya. Akhir kata, stop dreaming and start yearning! InsyaAllah, pengorbanan kita akan datang manisnya =)
No comments:
Post a Comment