Salam Kejayaan buat semua,
Beberapa kesimpulan yang saya temui tentang takaful...
Beberapa kesimpulan yang saya temui tentang takaful...
1. Kehidupan kita sebagai hambaNya tidak terlepas dari 5 perkara...ada masa kita senang, susah, sibuk, lapang, sihat dan semestinya, sakit. Bila sudah jatuh sakit, jangan ingat empunya badan sahaja yang merasa azab, insan tersayang pun menanggung tempiasnya. Wang ringgit jadi galang ganti.
2. Amatlah dianjurkan untuk kita berusaha sebelum datangnya waktu susah itu. Sebelum dihinggapi penyakit, badan pinjaman kita ini eloklah dijaga sebaik-baiknya, termasuk dengan mendapatkan perlindungan dalam bentuk kad perubatan. Sepertimana apabila kita mula mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan pun perlu buka buku dahulu, samalah juga jika kita berhajat untuk dapatkan rawatan di hospital swasta. Biasanya proses "membuka buku" untuk memudahkan urusan di hospital swasta dilakukan awal-awal lagi dengan mengambil pelan takaful perubatan dan kesihatan. Ingat ya, ini satu fakta hidup. Tiada satu pun syarikat di dunia yang akan bermurah hati menawarkan takaful/insurans kepada anda SELEPAS anda dihinggapi penyakit kritikal. Jadi bertindak awal ya.
3. Secara peribadi, saya lebih sukakan kebebasan untuk pergi ke mana sahaja hospital yang dapat memberikan rawatan terbaik. Rawatan antara kedua-dua pusat perubatan ini sememangnya berbeza. Di hospital kerajaan anda perlu menunggu lama, dan perlu menunggu temujanji berbulan-bulan sebelum bertemu doktor pakar/mendapat giliran prosedur. Azab menunggu ditambah kepada azab penyakit.
4. Dalam hal ini, anda tidak dapat menyalahkan sesiapa pun kecuali diri sendiri kerana itulah pilihan yang diambil. Sedangkan jika dihitung wang ringgit, apalah kiranya disimpan sebahagian (lebih kurang RM150 sebulan) untuk kemudahan masa sakit anda dan juga waktu-waktu keperluan insan tersayang.
Saya pasti, anda di luar sana juga setuju. Ya, bukan sahaja kita mahu mengejar kebebasan kewangan iaitu dengan mampu membeli apa jua yang dihajati. Kebebasan kewangan yang sebenar juga menjamin yang anda bebas untuk membuat pilihan. Termasuklah tanpa khuatir untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.
5.Tak hairanlah, antara pelan takaful/insurans yang paling laris ialah kad perubatan. Pelan yang memberi kemudahan untuk bermalam di wad hospital swasta dengan bayaran yang amat minima. Saya beri contoh, bil hospital swasta selama 4 hari bermalam yang berjumlah RM3000 dibayar oleh pihak takaful/insurans hingga tinggal paling banyak untuk anda bayar secara tunai pun RM300 sahaja. Berbaloi bukan?
7. Di Lembah Kelang dan Selangor, antara hospital swasta yang menerimabaik kad perubatan Takaful Great Eastern ialah :
8. Kalau anda mempunyai kad perubatan tetapi bermalam di wad hospital yang tidak tersenarai, jangan risau. Anda masih boleh mengemukakan claim atas bil-bil hospital anda kepada Takaful Great Eastern. Ingatan penting :
Lazimnya, dapatkan discharge note yang bertulis lengkap diagnosis dan ditandatangani doktor bertugas.
9. Akhir bicara, saya sarankan pilih pelan perubatan yang menyeluruh, tidak terlalu murah tetapi manfaatnya sementara atau tidak mencukupi. Saya sendiri mengambil masa membandingkan dari satu pelan syarikat ke syarikat yang lain sebelum berpuas hati dengan pelan kad perubatan ini. Semestinya pilihan saya yang boleh dipercayai, Takaful Great Eastern =)
Till my next post, get covered folks!!
No comments:
Post a Comment