Thursday, October 4, 2012

Mencipta kejayaan berperingkat-peringkat

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan untuk semua =)
"Everyone who got where he is has had to begin where he was", bermaksud :
"Semua orang yang mencapai tahap sekarang (lebih tinggi) perlu bermula dengan peringkat (bawah) dahulu"
Robert Louis Stevenson

Pepatah di atas mengingatkan saya bahawa untuk meraih kejayaan termasuk kebebasan kewangan bukanlah dapat dilakukan secara serta-merta. Unless you're a trust fund baby ;-)

Ramai yang melakukannya step by step. Langkah demi langkah. Ada yang bermula dengan merangkak, bertatih, berlari, memecut malah berjaya menaiki bullet train kepada financial freedom.

Ramai juga yang mengikut trend dalam menyimpan serta melabur, sometimes with mixed results. Trend yang bagus selalunya sustainable atau berterusan dalam tempoh yang lama. Contoh dalam bidang insurans, Syarikat Great Eastern (GE) yang sudah pun menjangkau 104 tahun. Malah, GE sudah mendapat lesen takaful seperti dinyatakan pada website Bank Negara Malaysia ini.

Maksudnya, jika anda beragama Islam dan ingin memiliki polisi shariah-compliant, silalah pilih dari list link di atas ya. Untuk pengetahuan pembaca juga, Takaful Great Eastern merupakan pemenang Best New Takaful Operator untuk tahun 2011.

So, if you want to be part of a winning dynamic team, join us today!
Satu perkara lagi, sebagai permulaan dalam usaha kita mencapai kebebasan kewangan, seseorang itu perlulah mengurangkan risiko dan kos-kos yang tidak terjangka.

Two of the biggest purchases by a middle income person would be a car and a house. No surprises that the two would require some form of takaful/insurance. Bagaimana pula dengan kos-kos lain yang semakin dirasai pada masa kini?

Kemudahan untuk perubatan antaranya :
  • cashless medical card
  •  early critical payout plan
  • perlindungan perubatan
  • pampasan kemalangan
  • saraan bulanan/mingguan untuk kecacatan kekal
  • kos perubatan anak yang baru lahir hingga mencecah usia dewasa
  • pelan pendidikan tinggi (tertiary education)
  • simpanan berjangka sederhana dan panjang
  • pelan haji/umrah/korban
  • simpanan persaraan dan bermacam-macam lagi produk adalah antara pilihan yang semakin dirasakan mustahak untuk golongan berpendapatan.
Malah semakin ramai klien saya melabur melalui takaful dalam polisi investment-linked. Intipatinya, semakin ramai warga Malaysia yang mampu mencapai pendapatan tinggi dan bertindak bijak MELINDUNGI pendapatan mereka =)

Now we come to the step by step part. Contrary to the popular notion, perlindungan takaful tidak terhenti kepada perubatan sahaja. Bukan  hanya patut dimiliki apabila sudah mempunyai status kewangan tetap (selepas beberapa tahun bekerja) ataupun hanya sesuai untuk orang dewasa atau anak-anak kecil. Sebenarnya terdapat beberapa peringkat umur yang PERLU memiliki perlindungan takaful.
  1. Starting young. Iaitu masa berada di kolej atau universiti. Semakin ramai mahasiswa yang menyedari kepentingan perlindungan takaful, terutamanya perlindungan kemalangan kerana seperti yang kita tahu, risiko perjalanan semasa ke fakulti, kawasan praktikal malah di asrama adalah di bawah tanggungan sendiri. Terdapat juga mahasiswa yang menghidap penyakit kritikal dalam usia yang muda. Banyangkan dengan seminima RM50 sebulan, perlindungan takaful dapat mengambilalih bebanan keluarga untuk kos perubatan, pembedahan, wad, caj hospital dan lain-lain. Malah sebahagian daripada elaun pembelajaran boleh diperuntukkan untuk coverage jangka pendek ini.

  2. Starting A Job. Bermula hari pertama bekerja, anda seharusnya memulakan tindakan untuk menguruskan kewangan. Ini termasuklah, mementingkan pemilikan polisi takaful. Ramai klien saya yang bertugas dalam bidang perubatan pun, memiliki lebih daripada satu polisi takaful, terutamanya pelan kad perubatan, simpanan, pelaburan dan haji. Adalah lebih baik memiliki sekurang-kurangnya pelan perubatan sebelum bertindak membelanjakan pendapatan atas pembelian kereta, rumah ataupun lebih serius, mengambil pinjaman peribadi. Ketahuilah, pemilikan polisi takaful seumpama membayar kepada diri sendiri ketika anda serta insan tersayang AMAT-AMAT memerlukan wang tersebut.

  3. Starting A Family. Peringkat ini bukan hanya bermula ketika anda menimang cahayamata. Di saat anda melangkah ke gerbang perkahwinan, sebuah keluarga sudah terbentuk. Anda bergantung (to an extent) to your spouse, and she/he to you. Tentunya anda mengharapkan pasangan anda juga dilindungi dengan takaful untuk apa-apa risiko tidak terduga setelah berkahwin dengan anda. Sebenarnya, lebih awal anda dan pasangan memiliki polisi takaful, maka lebih baiklah perancangan kewangan anda. Harus pembaca tahu bahawa apabila seseorang disahkan doktor menghidap penyakit, amat sukar untuknya layak memohon polisi takaful/insurans lagi.
Memetik artikel di InsuranceInfo : Medical care hinges on getting treatment to the patient early and quickly. With the high price of modern healthcare, the treatments that can save the life of someone important to you shouldn't depend on how much you have. Don't let a life hang in the balance because of your finances. Let  medical and health takaful take care of the hospitalisation and medical expenses.

    4.  Preparing For Retirement. Peringkat terakhir ini sebenarnya adalah peringkat terpenting. Kerana ianya amat berkaitan dengan YOUR WELLBEING. Seperti mana seorang pekerja amat menanti-nantikan ganjaran KWSP atau PENCENnya, seorang itu harus juga menanti-nantikan ganjaran/payout TAKAFULnya. Peringkat 55 tahun ke atas boleh bermaksud keperluan perubatan yang meningkat, harapan ibu bapa untuk menghantar si anak ke menara gading serta menunaikan tuntutan ibadah yang ke-lima. Soalnya, adakah anda mempunyai perancangan takaful jangka panjang ke arah itu? Bak kata pepatah Melayu, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Bermula RM50 sebln dalam tempoh 10-20 tahun, anda sudahpun mempunyai lebih dari cukup wang melakukan ibadah haji, InsyaAllah.

Wah, panjang juga entri saya kali ini. Harap pembaca mendapat sedikit sebanyak manfat dari perkongsian saya. Sebelum titik, saya tinggalkan petua seterusnya :

Petua No 4 : Have a correct financial freedom mindset. Change if you have a negative blueprint on money. Ketahuilah, wang tidak menjadikan seseorang insan yang jahat atau negatif. Sebaliknya, nafsu dan lemahnya iman kita.




 Wang bermaksud impian yang direalisasi, pencetus semangat, ganjaran serta rezeki yang dihajati atas hasil usaha gigih anda selama ini. YOU deserve every ringgit and cent that you get and will be getting from now on. InsyaAllah =)

2 comments: