Tuesday, October 2, 2012

Mulakan menyimpan hari ini juga!

Salam Kejayaan untuk semua,

Bila imbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, mama dan ayah sering ingatkan saya agar jangan boros berbelanja dan sentiasa menabung. Setiap seorang ahli keluarga saya mempunyai tabung pelbagai bentuk. Bahkan untuk membeli barang mainan, kasut baru dan pakaian cantik, saya dan adik-beradik perlu berusaha menyimpan berbulan lamanya sebelum berjaya kumpul duit yang cukup. Antara memori manis zaman kanak2 dulu dapat mengumpul RM25 untuk membeli kasut Bubble Gummers. Ala, kasut yg macam kat bawah nilah. cuma saya beli tu warna biru.


Perasaan semasa menabung tu toksah cakaplah...mmg kena byk2 bersabar. tengok org lain kat sekolah dapat makan burger, aiskrim dan cikedis waktu rehat tapi saya? Syukur Mama bekalkan anak2nya roti telur dan wang saku lima posen je (zaman tu dah cukup besar). Dengan menyimpan wang sakulah, selepas beberapa bulan, saya berjaya menyerahkan duit yang cukup kepada Ayah untuk belikan kasut idaman. Sebenarnya, sebagai insan yang belum faham perasaan bekerja untuk sesuap nasi, latihan menyimpan sebegini mengajar saya untuk korbankan kesenangan masa kini (wang saku) untuk mencapai perkara yang saya impikan. Malah adik2 saya lebih advance. Diorang siap menjual gula2 dlm balang besar dan keuntungan sebulan boleh mencecah berbelas ringgit.

Eh, panjang pulak saya bercerita pasal kenangan zaman kanak2. Bukannya apa, zaman sekarang saya perhatikan ramai ibu bapa melimpahkan kasih sayang kepada anak2 mereka dengan membeli barangan. Baju, kasut, aksesori kanak-kanak mmg terjual mcm goreng pisang panas terutamanya secara online. Cuma nasihat saya berpada-padalah dalam berbelanja, terutamanya untuk golongan yg berpendapatan sederhana. Apapun, barang-barang sebegini "value"nya tidak lama dan kadang2 pembeliannya didorong nafsu berbelanja.

Bukankah lebih molek jika anak2 juga digalakkan menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan mereka? Bermula dengan ibu-bapa sebagai contoh, mengkhususkan paling kurang 10% dari pendapatan kita untuk tujuan ini, terutamanya berkenaan pendidikan mereka. Kalau di negara barat, ibu-bapa mereka bersiap sedia utk tujuan ini dengan menyimpan dalam "college fund". Anak-anak juga digalakkan bekerja semasa cuti musim panas atau "baby sit" untuk menambah dalam "college fund". Baguskan? Kiranya, dari kecil lagi, ibu bapa telah mempunyai rancangan, paling kurang pun, anak2 mereka perlu meneruskan pendidikan hingga ke menara gading.
Bahkan, apabila saya berbual tentang perkara ini dengan seorang senior saya yang berbangsa Cina, dia mengatakan yang telah menyimpan cukup untuk membeli sebuah rumah teres dua tingkat untuk anaknya apabila tamat degree nanti. Boleh anda bayangkan betapa komited nya mereka dalam hal simpanan pendidikan? Mungkin ada yang mengatakan, "takpelah, diorg bergaji besar, dapatlah simpan banyak". Sebenarnya, kuasa menyimpan terletak kepada berapa nilai matlamat yang anda sasarkan. 
Contohnya, jika anda menyasarkan untuk menyimpan sehingga RM20,000 dalam masa 20 tahun; anda hanya perlu menyimpan sebyk RM3 sehari (siap boleh dikongsi suami isteri). 

Tetapi jika anda berwawasan tinggi  agar anak anda tidak perlu bergantung kepada PTPTN dan sebagainya, dalam masa 18 tahun (umur anak memasuki Universiti), jumlah simpanan untuk 6 semester Ijazah Sarjana Muda Perniagaan "overseas" boleh mencecah RM50K. Dipecahkan, anda sebenarnya boleh merealisasikan jumlah simpanan RM50K ini dengan simpanan RM 8/sehari. Ini belum ditambah dividen tahunan jika anda menyimpan dalam pelan2 pendidkan dengan peratusan dividen/keuntungan tahunan yang tinggi. 

Percayalah, menyimpan untuk pendidikan tinggi adalah satu hadiah paling berharga yang dapat kita berikan kepada anak-anak.

Tepuk dada tanya selera. Bak kata pepatah, "if you pay peanuts, you'll get monkeys." 

Petua No 2 : Pilih menyimpan dari berbelanja. Kalau berbelanja biarlah berpada-pada. Simpan 10% dari pendapatan, baru keluarkan duit belanja. Simpan untuk diri dan semestinya untuk insan tercinta. Jadikan tabiat menyimpan satu tabiat sekeluarga =)


Saya mengalu-alukan sebrang pendapat tentang post ini...semoga kita dapat sesuatu yang positif darinya..InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment