Saya terbaca satu pepatah berbunyi begini
"Orang kaya mengumpul wang, orang miskin mengumpul tahun".
Bila saya fikirkan, pepatah ni memang kena dengan diri saya. Dalam kebanyakan hal, sebelum saya bertekad untuk keluar dari belenggu kewangan (financial restraints), kebanyakan keputusan kewangan saya berlegar-legar kepada berapa soalan asas. Antaranya... berapa minimum bayaran dalam sebulan, berapa tahun baki tempoh pinjaman malah menghitung berapa hari lagi untuk kemasukan gaji. Perkara ini adalah lumrah dalam fikiran seorang pekerja makan gaji tipikal.
Sampailah saya membaca beberapa buku kewangan dan mengikuti seminar. Antara seminar yang saya pernah ikuti ialah T.Harv Eker, Prof Dr Muhaya, Dr Fadzillah Kamsah dan beberapa kursus NLP. Kebanyakan dari mereka menyatakan betapa penting untuk kita merebut peluang pada hari ini sebelum datangnya waktu dan ketika kita tidak lagi mampu melakukan perubahan. Perkara yang baik usah lengah-lengahkan. Malah ramai ahli perniagaan berjaya bermula dengan melawan rasa ragu-ragu dan pantas merebut peluang yang ada.
Tips di atas berguna bukan? Hati-hati juga dengan peluang-peluang yang terlalu fantastik dan bombastik sebab kadang2 janji bulan dan bintang boleh bertukar menjadi mimpi ngeri...kiranya habuk pun takde. Baru hari ini keluar paper, syarikat jongkong emas Genneva diserbu pihak berkuasa atas aduan penyelewengan. Almaklumlah, ramai juga yang melabur dalam emas dan perak. Berhati-hati. Pastikan setiap pelaburan kita diendorsed paling kurang oleh Bank Negara Malaysia..macam Takaful Great Eastern ni..hehe =)
Ok, kembali kepada topik iaitu merebut peluang pada hari ini. Kenapa dari hari pertama bekerja, seseorang itu sudahpun perlu merancang untuk hari pertama persaraannya? Lagi cepat dapat bersara, lebih baik. Lagi cepat capai status bebas kewangan, lebih baik.
Memetik buku Shamsuddin Abdul Karim "Makan Gaji Tapi Kaya", sekiranya seseorang gagal merancang masa depan, tidak ubah seperti hidup kais bulan makan bulan. Jika tidak diatasi dari awal, keadaan kewangan anda akan menjadi parah. Bukankah, ramai dari kita yang selesa menjadi pekerja makan gaji semata-mata untuk kestabilan kewangan? Jika itu pun tidak dapat kita kecapi, habis apa yang tinggal ya?
Mengharapkan wang gaji anda untuk menampung perbelanjaan anda, pasangan dan anak2 sehingga ke akhir hayat adalah mengundang keperitan kewangan (financial constraint). Malah, wang simpanan anda boleh lebur sebaik sahaja anda atau insan tersayang mengalami masalah kesihatan, kemalangan yang boleh menelan belanja beribu-riban. Oleh yang demikian, selain menyimpan untuk persaraan, perkara pokok yang perlu dilakukan ialah mendapatkan perlindungan insurans.
Untuk umat Islam, memandangkan di negara Malaysia yang tercinta ini sudahpun mempunyai pilihan takaful berkonsepkan tabarru' (sumbangan) ke dalam dana mengikut syarak, maka saya menyeru agar kita sama-sama menyertainya berbanding insurans konvensional.
Takaful i-Great Damai merupakan satu pelan pelaburan mampu milik dan berfungsi sebagai perlindungan masalah kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal. Bermula pemegang polisi seawal usia 30 hari, pelan dengan kad perubatan bermula dari RM150.
Bagi yang belum memiliki pelan takaful, pertimbangkan langkah permulaan penting ini dalam usaha anda menjejak kebebasan kewangan. Kesedaran orang ramai tentang kepentingan takaful semakin meningkat. Malah dalam bajet baru-baru ini, para nelayan dan pesawah turut diberi skim insurans!! Takaful perubatan adalah satu skim yang memberi wang poket setiap bulan sehingga anda sembuh jika terlibat dengan kemalangan atau sakit kekal. Saraan hidup dan bekalan ubat-ubatan dapat ditampung termasuklah kos pembedahan dan caj hospital kerajaan dan swasta.
InsyaAllah dalam post akan datang akan saya kongsikan maklumat lanjut pelan asas takaful i-Great Damai ini. Cuma bagi yang masih teragak-agak memiliki pelan perubatan...beringat-ingat untuk masa susah tatkala kita masih di masa senang.
Petua kebebasan kewangan No 3 : Get Protected. You may have a 5 digit salary, fancy cars and a Swiss bank account but without a decent insurance policy, that's foolhardy. Kalau diberi pilihan, nak bawa kereta berinsurans atau yang telah tamat tempoh? Untuk ketenangan fikiran, anda tentu tahu jawapannya...kerana malang sememangnya tidak berbau...
InsyaAllah dalam post akan datang akan saya kongsikan maklumat lanjut pelan asas takaful i-Great Damai ini. Cuma bagi yang masih teragak-agak memiliki pelan perubatan...beringat-ingat untuk masa susah tatkala kita masih di masa senang.
Petua kebebasan kewangan No 3 : Get Protected. You may have a 5 digit salary, fancy cars and a Swiss bank account but without a decent insurance policy, that's foolhardy. Kalau diberi pilihan, nak bawa kereta berinsurans atau yang telah tamat tempoh? Untuk ketenangan fikiran, anda tentu tahu jawapannya...kerana malang sememangnya tidak berbau...
No comments:
Post a Comment