Sunday, November 18, 2012

Mendahulukan Perkara Utama

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan buat semua,



Rasanya belum terlambat untuk Amy ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua pembaca. Menjadi kebiasaan bagi Amy untuk merangka azam baru dan hari ini dapatlah berbincang lebih lanjut dengan Encik Suami tentang matlamat yang nak dicapai tahun ini. Lebih baik lagi segala perancangan itu ditulis. InsyaAllah mudah-mudahan menjadi kenyataan.



Hari ini juga Amy nak kongsikan satu lagi petua ke arah kebebasan kewangan yang dipetik dari buku Ganda Wang Anda nukilan Azizi Ali. Amy memang suka baca buku-buku beliau dan aplikasikan dalam pengurusan kewangan peribadi. 
Menjawab persoalan "Bagaimana caranya menggandakan wang saya dengan pengawasan dan usaha yang paling minima?". Hakikatnya, dalam dunia pelaburan, istilah "pelaburan sempurna" tidak wujud. Semua pelaburan ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Sebab itulah, anda perlu meneliti pilihan anda dan membuat pilihan paling sesuai untuk mencapai objektif anda. 

Anda mesti mempunyai asas yang kukuh sebelum menjalankan apa-apa pelaburan. Ini termasuklah mempunyai dana rizab dan perlindungan insurans yang mencukupi. 

Saya mempelajari ini melalui kesilapan sendiri. Beberapa tahun lalu, selepas pulih dari kesempitan wang, saya mempunyai sedikit wang simpanan. Teruja untuk menggandakan wang itu, saya mula mencari instrumen untuk membuat pelaburan. Saya membaca beberapa buku mengenai pelaburan saham dan memandangkan penulisnya menulis bahawa saham itu begitu hebat, saya terus membuat pelaburan. Apa yang saya tidak jangka adalah saya bakal memerlukan wang tersebut dengan kadar segera menyebabkan saya terpaksa menjual saham itu. Hasilnya, saya mengalami kerugian di dalam pelaburan walaupun telah memilih saham yang baik. 


Kerana itu, anda perlu mempunyai dana rizab dan perlindungan insurans yang mencukupi sebelum membuat pelaburan. Malang tidak berbau dan masalah tidak memberi petanda awal bila ia timbul. Anda telahpun diberi amaran, jika tidak mempunyai dana rizab dan perlindungan insurans yang mencukupi, lupakanlah mengenai apa jenis pelaburan pun. Anda belum bersedia.

Akhirnya, biar saya berkongsi teknik Soal Jawab untuk menganalisa sesuatu pelaburan sebelum anda membuat sesuatu pelaburan. Jawab empat soalan ini: 

  1. Apakah motif utama anda membuat pelaburan ini? 
  2. Berapa lamakah sebelum anda perlu menggunakan wang ini? 
  3. Adakah ia selari dengan sumber kewangan anda? 
  4. Dapatkah anda tidur lena sekiranya membuat pelaburan ini?
Sepatutnya dua jawapan terakhir untuk soalan-soalan tersebut adalah "Ya". Sekiranya anda tidak dapat tidur lena pada waktu malam, anda sebenarnya tidak sesuai dengan pelaburan itu. Biarkan orang lain sahaja melakukannya. Lupakan pelaburan itu dan teruskan mencari pelaburan lain yang lebih sesuai. 

Baguskan artikel Azizi Ali, Perancang Kewangan Bertauliah ni...Amy sarankan bagi anak-anak muda yang berjinak-jinak dengan alam pelaburan untuk baca buku-buku tulisan Azizi Ali ni. Banyak maklumat berguna yang boleh membantu kita membezakan antara pelaburan yang berbaloi atau memerangkap bak pasir jerlus di luar sana. Dan dari tulisan beliau di atas, langkah yang perlu didahulukan sebelum memulakan pelaburan ialah mendapatkan dahulu pelan insurans yang mencukupi. 

Bagi umat Islam, kita sudahpun mempunyai pelan takaful sebagai keutamaan. Hati-hati juga dengan pelbagai syarikat dan jenis takaful yang ditawarkan kerana sejak kebelakangan ini ada pihak yang menyamar sebagai pengendali takaful tetapi sebenarnya sindiket jualan langsung tidak sah. Syarikat Takaful yang berdaftar dengan Majlis Takaful Malaysia dan mendapat lesen Bank Negara seharusnya menjadi pilihan kita (termasuklah Takaful Great Eastern Malaysia =)

InsyaAllah, di entri akan datang Amy nak kongsikan pelan takaful terbaru i-Great Teras yang cukup hebat bermula RM25 sebulan, sesuai untuk semua golongan dari berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi. Pelan i-Great Teras ini objektifnya sebagai debt reduction peribadi atau perniagaan, perlindungan care accident benefit dan juga MLTA untuk insurans  rumah/hartanah.



Hingga jumpa lagi, selamat berhujung minggu =)




Friday, November 16, 2012

Apa yang anda DAPAT dari Kad Perubatan ANDA???

 Salam Kejayaan buat semua =)


Siang tadi Amy berkesempatan berjumpa dengan seorang teman baik yang bertugas di Unit Radioterapi salah sebuah pusat perubatan swasta yang terkenal di KL..Seperti biasa, salah satu topik yang kami bualkan ialah kad perubatan.

Yang menariknya, teman Amy bertanya, Apakah kelebihan kad perubatan ni? Bolehkah digunakan di hospital kerajaan dan adakah rawatan Kanser seperti Radioterapi termasuk dalam perlindungan kad perubatan itu?

Jawapan Amy pastinya Ya! 

1. Anda boleh menebus RM50 untuk setiap malam di wad hospital kerajaan (untuk kad perubatan RM150). Sila simpan discharge note anda yang lengkap itu  baik-baik.

2. Sekiranya seseorang didiagnos Kanser pada Tahap Ketiga,   claim rawatan hospital swasta boleh dituntut serta-merta. Jika anda mengambil pelan kad perubatan i-Great Damai dengan rider Early Payout Critical Claim (EPCC)  bermula RM200 sebulan, jika didiagnos dengan Kanser Tahap 1 (peringkat awal) sudah dapat claim bil rawatan secara keseluruhan sebaik sahaja disahkan diagnosis.



Bukan itu sahaja, di bawah adalah senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi kad perubatan. Senarai penyakit ini dijamin oleh Majlis Takaful Malaysia dan Bank Negara Malaysia dan adalah SAMA untuk SEMUA syarikat takaful/insurans di Malaysia. 

P/S : Jika ada company yang advertise lebih dari 36 penyakit tu, dia pecah-pecahkan dari senarai di bawah. Helah dalam pengiklanan lah tuuu..

Jenis-jenis penyakit kritikal covered by medical card...courtesy of Malaysian Takaful Assoc.

Kad perubatan i-Great Damai bermula RM150 sebln memberikan :
  • Perlindungan Kematian yang tinggi : RM 37K
  • Perlindungan Kecacatan Kekal yang tinggi : RM 37K hingga 80 tahun... 
  • Manfaat kemasukan wad Hosp Kerajaan & Swasta yang cukup lama = 120 dan 180 hari
  • Had tahunan paling tinggi antara semua syarikat : RM 90K
  • Had seumur hidup paling tinggi per INDIVIDU antara semua syarikat : RM 720 K
  • dan banyak lagi manfaat lain..(pelepasan cukai etc)

Rupa-rupanya teman Amy tu sudah awal-awal lagi ada kad perubatan, kira-kira 7 tahun lepas. Tak lain tak bukan dari GE juga..hehe..sekali pun belum beliau claim, maklumlah kerja di hospital dan ada coverage dari majikan. 

Habis apa yang jadi dengan simpanan bulan2 beliau sejak 7 tahun lepas tu?? Takde apa yang nak dirisaukan, teman Amy tu Syukur Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik, sebenarnya sudah menyimpan dalam akaun kad perubatannya kerana i-Great Damai ini juga berfungsi sebagai Akaun Simpanan...kemudahan masuk wad dapat, simpanan dan keuntungan tahunan pun InsyaAllah dapat =)

Teman Amy tu pun puas hati dengan Kad Perubatan GE selepas bertahun-tahun menyimpan...Anda bila lagi? Boleh dapatkan kad ini untuk pelan seisi keluarga juga. Hubungi Amy (0126846248) untuk pertanyaan lanjut.

Kad Perubatan i-Great Damai Part 2

 Salam Kejayaan buat semua,

Beberapa kesimpulan yang saya temui tentang takaful...

1. Kehidupan kita sebagai hambaNya tidak terlepas dari 5 perkara...ada masa kita senang, susah, sibuk, lapang, sihat dan semestinya, sakit. Bila sudah jatuh sakit, jangan ingat empunya badan sahaja yang merasa azab, insan tersayang pun menanggung tempiasnya. Wang ringgit jadi galang ganti.

2. Amatlah dianjurkan untuk kita berusaha sebelum datangnya waktu susah itu. Sebelum dihinggapi penyakit, badan pinjaman kita ini eloklah dijaga sebaik-baiknya, termasuk dengan mendapatkan perlindungan dalam bentuk kad perubatan. Sepertimana apabila kita mula mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan pun perlu buka buku dahulu, samalah juga jika kita berhajat untuk dapatkan rawatan di hospital swasta. Biasanya proses "membuka buku" untuk memudahkan urusan di hospital swasta dilakukan awal-awal lagi dengan mengambil pelan takaful perubatan dan kesihatan. Ingat ya, ini satu fakta hidup. Tiada satu pun syarikat di dunia  yang akan bermurah hati menawarkan takaful/insurans kepada anda SELEPAS anda dihinggapi penyakit kritikal. Jadi bertindak awal ya.


3. Secara peribadi, saya lebih sukakan kebebasan untuk pergi ke mana sahaja hospital yang dapat memberikan rawatan terbaik. Rawatan antara kedua-dua pusat perubatan ini  sememangnya berbeza. Di hospital kerajaan anda perlu menunggu lama, dan perlu menunggu temujanji berbulan-bulan sebelum bertemu doktor pakar/mendapat giliran prosedur. Azab menunggu ditambah kepada azab penyakit. 

4. Dalam hal ini, anda tidak dapat menyalahkan sesiapa pun kecuali diri sendiri kerana itulah pilihan yang diambil. Sedangkan jika dihitung wang ringgit, apalah kiranya disimpan sebahagian (lebih kurang RM150 sebulan) untuk kemudahan masa sakit anda dan juga waktu-waktu keperluan insan tersayang.  

Saya pasti, anda di luar sana juga setuju. Ya, bukan sahaja kita mahu mengejar kebebasan kewangan iaitu dengan mampu membeli apa jua yang dihajati. Kebebasan kewangan yang sebenar juga menjamin yang anda bebas untuk membuat pilihan. Termasuklah tanpa khuatir untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

5.Tak hairanlah, antara pelan takaful/insurans yang paling laris ialah kad perubatan. Pelan yang memberi kemudahan untuk bermalam di wad hospital swasta dengan bayaran yang amat minima. Saya beri contoh, bil hospital swasta selama 4 hari bermalam yang berjumlah RM3000 dibayar oleh pihak takaful/insurans hingga tinggal paling banyak untuk anda bayar secara tunai pun RM300 sahaja. Berbaloi bukan?


6. Inilah antara manfaat yang ditawarkan pelan kad perubatan i-Great Damai oleh Takaful Great Eastern. 

7. Di Lembah Kelang dan Selangor, antara hospital swasta yang menerimabaik kad perubatan Takaful Great Eastern ialah :









8. Kalau anda mempunyai kad perubatan tetapi bermalam di wad hospital yang tidak tersenarai, jangan risau. Anda masih boleh mengemukakan claim atas bil-bil hospital anda kepada Takaful Great Eastern. Ingatan penting : 


Lazimnya, dapatkan discharge note yang bertulis lengkap diagnosis dan ditandatangani doktor bertugas. 

9. Akhir bicara, saya sarankan pilih pelan perubatan yang menyeluruh, tidak terlalu murah tetapi manfaatnya sementara atau tidak mencukupi. Saya sendiri mengambil masa membandingkan dari satu pelan syarikat ke syarikat yang lain sebelum berpuas hati dengan pelan kad perubatan ini. Semestinya pilihan saya yang boleh dipercayai, Takaful Great Eastern =)


Till my next post, get covered folks!!